MS

Apakah kod QR?

Istilah ‘QR code’ adalah kependekan untuk ‘Quick Response Code’. Secara mudah, ia adalah ‘kod bar petak’ yang mula-mula dicipta dan digunakan di Jepun untuk Industri Automotif. Digunakan untuk memindahkan maklumat dari pengguna ke telefon pintar, ia berupaya menyimpan banyak maklumat seperti acara kalendar, nombor telefon, mesej teks, butiran produk dan kandungan mesej emel sebagai contoh. Ia berfungsi sebagai barkod UPC yang boleh dibaca mesin yang maju dan boleh digunakan pada pembungkusan produk, tetingkap perniagaan, papan iklan, papan tanda, kad perniagaan dan pengiklanan dan juga menjejak produk dan mengenalpasti barangan.

Untuk membaca kod QR, anda mesti memiliki aplikasi pembaca kod-QR seperti ‘QR droid’ untuk telefon Android, ‘RedLaser’ untuk iOS dan ‘QR code Scanner Pro’ untuk Blackberry di tablet atau telefon pintar anda. Lancarkan aplikasi QR dan kamera akan diaktifkan secara automatik. Laraskan kod QR dengan kamera dan kekalkan kedudukan peranti dengan mantap sehingga aplikasi QR membuat bunyi beep, menunjukkan semua maklumat disimpan di dalam kod. Sesetengah aplikasi akan mengaktifkan pelayar web anda dan membuka pautan yang diberi mengandungi maklumat-maklumat disimpan di dalam kod.

Di mana dan bagaimana kod QR digunakan?

Terdapat banyak cara menggunakan kod QR, bermula dari menyebarkan maklumat tentang diri anda sendiri kepada penyelesaian pemasaran untuk perniagaan anda. Di bawah adalah beberapa tempat kod QR boleh digunakan (temukan butiran maklumat tentang kegunaan kod QR di pautan ini):

Kad perniagaan / Bahan-bahan pengiklanan

Anda boleh mencetak kod QR ke atas kad perniagaan, prospektus dan brochure anda supaya ia boleh membawakan butiran hubungan anda ke buku alamat telefon pintar, atau menunjukkan laman web dengan penerangan lebih lanjut tentang perniagaan anda. Ia boleh dicetak pada apa sahaja dan di mana sahaja, dari t-shirt untuk penjenamaan sendiri ke papan iklan dan kapal terbang.

Tiket acara

Jika anda adalah perancang acara, menambahkan kod QR kepada tiket acara yang dipautkan ke laman RSVP (bahasa perancis, “répondez s'il vous plaît”) dan koordinat GPS untuk acara ini, supaya pengunjung berpotensi boleh memastikan penyertaan dan menandakan tempat ini di dalam aplikasi pengemudian GPS di telefon pintar.

Pembungkusan produk / Penjejakan produk / Ulasan pelanggan, dalam masa sebenar

Anda boleh menambah kod QR kepada pembungkusan produk terakhir untuk memautkan pelanggan ke laman web berkenaan perniagaan dan produk anda. Pautan ini boleh termasuk penerangan tentang produk dan kebaikannya, manual pengguna, hubungan perkhidmatan pelanggan dan maklumat umum syarikat sebagai contoh.

Jenis-jenis Kod QR

Terdapat dua jenis utama kod QR: dinamik dan statik.

Kod dinamik, juga dikenali sebagai ‘kod QR hidup’

Sebaik dicipta, pautan destinasi utamanya boleh disunting tanpa mengganggu kod. Apabila diimbas, kod dinamik menghalakan anda ke pelayan, di mana arahan khusus telah disimpan di dalam pangkalan data dan diprogram untuk berinteraksi secara khusus dengan imbasan tersebut. Kod dinamik adalah memudahkan kerana ia dibuat dan dikenakan sekali, dan anda boleh ubah maklumat ketika ia ditunjukkan apabila diimbas sebagai pautan (domain, web) yang menunjukkan maklumat itu.

Kod Statik

Tidak seperti kod dinamik, kod QR statik sama ada menyimpan maklumat secara terus dalam bentuk teks atau membawa ke laman web tanpa diubah hala melalui pautan sekunder. Ini bermaksud yang maklumat di dalam pautan tidak boleh diubah atau disunting (anda perlu membuat kod statik baru setiap kali). Kod statik adalah ideal bagi mereka yang mahukan kod yang mengandungi maklumat kekal mereka (contoh: maklumat tentang tarikh lahir dan kumpulan darah).

Yang mana lebih baik: kod dinamik atau statik?

Kod statik mengandungi maklumat berguna secara terus. Ini bermaksud yang anda tidak boleh menjejak atau menguruskan maklumat di dalam kod-kod ini. Ia sangat menyusahkan, kerana jika perlu anda tidak boleh mengubah maklumat yang dipaparkan tanpa mencetak semula semua bahan-bahan yang sudahpun dicetak.

Kod dinamik mengandungi pautan kepada pelayan web khusus yang menyimpan maklumat berkenaan apa maklumat untuk dipaparkan sekarang atau di pautan web mana ia perlu diubah hala. Ini bermaksud anda boleh menjejak kod dinamik (mendapatkan maklumat statistik) dan pautan web destinasi boleh diubah atau disunting tanpa mengganggu struktur kod. Ini membuatkan kod dinamik universal dari segi anda tidak perlu mencetak semula bahan-bahan yang sudahpun dicetak sebelumnya. Apa yang anda perlu lakukan- adalah menukar pautan destinasi, dengan kod statik ini tidak boleh dilakukan. Keupayaan mengawal maklumat yang dipaparkan oleh kod dinamik walaupun selepas ia dicetak, membuktikan kelebihan kod dinamik berbanding kod statik jika adalah lebih sukar untuk menggantikannya selepas dicetak (edisi besar, atau mustahil secara fizikal untuk mengakses kod).

Walaupun begitu, kod statik adalah lebih banyak digunakan dalam segmen bebas kerana ia tidak memerlukan keperluan teknologi yang tinggi sementara kod dinamik memerlukan keupayaan pelayan yang tinggi di mana ia diproses. Oleh itu, laman web yang menawarkan kod QR percuma biasanya hanya menawarkan kod QR statik secara percuma dan dibayar untuk dinamik.

Apa anda boleh buat dengan TrustThisProduct?

Perkhidmatan TrustThisProduct menawarkan (secara percuma) peluang untuk mencipta, mengurus dan menjejak tiga kod QR dinamik dari domain-dom Me24.info, About24.info, MyPet24.info. Pada masa yang sama, kod dinamik ini (dari segi pelayan yang berkaitan) akan berdasarkan-pelayan di platform teknologi perniagaan TrustThisProduct, dengan berbilang penempahan pelayan dan pengesahan DNS geografik.

Jika anda ialah seorang usahawan atau wakil syarikat perniagaan dan mahu menggunakan kod QR dinamik dalam perniagaan anda, kami cadangkan anda mendaftar di bahagian perniagaan perkhidmatan TrustThisProduk (pautan laman web: PVCode.com). Anda juga akan dapat membuat tiga kod QR dinamik secara percuma dan menggunakan fungsi perkhidmatan ekstra (contoh: paparan automatik maklumat dalam bahasa pengguna, paparan maklumat dari domain TrustThisProduct.com, akaun berbilang-pengguna, pengumpulan data pemasaran tambahan, dan fungsi-fungsi lain). Dapatkan maklumat lanjut berkenaan versi perniagaan TrustThisProduct anda di brochure ini.

Kesimpulan

Kod QR menjadi semakin popular di kalangan perniagaan, kerana ia dengan cepat membenarkan pelanggan dan pihak berkaitan sejumlah besar maklumat yang berguna dan boleh dipercayai, hampir tanpa kos. Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan perkhidmatan kami atau sebarang idea baru hubungi kami melalui borang di bawah halaman ini: kami sentiasa gembira berbual dengan Anda!

TrustThisProduct®:

Copyright © 2014-2016, PVCode LLC
KAMI MUDAHKAN APA YANG SUKAR

Muka utama